GURU KEGEMARAN SAYA

Terdapat dua belas orang guru mengajar di kelas saya. Guru kegemaran saya ialah Puan Aimi. Beliau berasal dari Kota Bharu,Kelantan dan beliau sudah berkahwin pada tahun lepas dan mempunyai satu orang anak.
Puan Aimi mengajar saya Bahasa Inggeris. Beliau sangat pandai mengajar kerana beliau mempunyai personaliti dan karisma yang tersendiri.Beliau merupakan seorang guru yang amat baik dan saya lebih tertarik dengan cara beliau mengajar yang tidak terlalu mengikut buku atau silibus. Saya mudah faham apa yang diajar oleh beliau. Beliau mengajar dengan penuh dedikasi Saya suka cara dan teknik beliau mengajar.
Puan Aimi merupakan seorang guru yang faham akan perasaan pelajar-pelajarnya. Beliau juga selalu menyelitkan cerita-cerita sewaktu waktu pembelajaran agar kami tidak mengantuk dan ilmu yang disampaikan akan lebih cepat untuk difahami.Beliau agak tegas dalam hal-hal atau masalah-masalah yang melibatkan kes disiplin dan beliau juga merupakan seorang yang cakna akan kekemasan pemakaian pelajarnya dan mewajibkan semua pelajarnya mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.
Kami satu kelas memang sukakan Puan Aimi dan beliau juga seorang yang lemah lembut dan bersifat keibuan kerana sering memberi nasihat kepada saya dan rakan-rakan di dalam kelas.
Saya berasa amat bertuah mendapat seorang guru seperti Puan Aimi dan Saya juga bercita-cita mahu menjadi seorang yang berguna pada masyarakat dan negara dengan nasihat beliau yang telah menusuk ke dalam jiwa saya dan saya akan memastikan saya akan membalas jasa-jasa beliau dengan cara belajar bersungguh-sungguh dan apabila saya berjaya MENGGENGAM SEGULUNG IJAZAH.
hi, maaf sya dh copy awk pya karangan utk buat bahan rujukan ...mohon halalkan
ReplyDeleteok :)
DeleteTengkiuu for the karangann hehehe 🙏🏻❤️
ReplyDelete